Khidmat nasihat bagi merancang susun atur perabot secara ergonomik dan efisien, termasuk lakaran 2D/3D.
Membekalkan pelbagai jenis perabot berkualiti untuk kegunaan pejabat, sekolah, dan institusi lain. Produk termasuk meja kerja, kerusi pejabat, rak fail, meja pelajar, kabinet simpanan dan banyak lagi. Pembekalan boleh disertakan dengan pemasangan di lokasi.
Menyediakan perkhidmatan membaiki pelbagai jenis perabot kayu seperti kerusi, meja, almari, dan lain-lain. Kerja baik pulih meliputi penggantian bahagian rosak, pemulihan struktur, kemasan semula, serta pembaikan mekanisme (seperti engsel, laci, dsb.).
Menerima tempahan pembuatan perabot mengikut spesifikasi dan rekaan pelanggan. Sama ada untuk kediaman atau premis perniagaan, kami sedia merealisasikan konsep dan gaya pilihan anda – termasuk pemilihan bahan, saiz, warna, dan fungsi khusus.